Wednesday, October 22, 2008

Apa pula pendapat anda??

Pandangan berbeza Sains, Matematik diajar dalam BI
Teks ini dipetik dari http://www.moe.gov.my/bpk/#

Rabu, 22 Oktober 2008
PUTRAJAYA: Siri persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berakhir, semalam, dengan pemimpin parti politik berbeza pendapat berhubung pelaksanaan program itu. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata sebilangan besar parti politik yang diberi masa selama lima minit untuk menyuarakan pandangan masing-masing berharap pelaksanaan PPSMI tidak akan menjejaskan tumpuan pelajar khususnya terhadap mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
“Semua wakil parti politik yang hadir termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengemukakan pandangan bernas mereka secara profesional dan mahu kementerian memberi keutamaan kepada pelajar ketika membuat keputusan mengenai pelaksanaan PPSMI,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan persidangan kali keempat itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. Hadir sama, seorang lagi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dan Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang. Selain parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), siri persidangan meja bulat PPSMI turut disertai pegawai institusi pengajian tinggi, kesatuan guru, badan profesional, korporat, guru dan pelajar dari semua peringkat sekolah.
PPSMI dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sejak 2003 bagi murid Tahun Satu, Tingkatan Satu, Tingkatan Enam bawah dan matrikulasi. Sebelum ini, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Kementerian Pelajaran akan mengambil kira semua pandangan dikemukakan pelbagai pihak pada siri persidangan meja bulat itu sebelum membuat keputusan berhubung pelaksanaan PPSMI. Namun, katanya, keputusan muktamad berhubung pelaksanaan PPSMI hanya diketahui selepas keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 diumumkan kerana mereka kumpulan pertama terbabit dengan program itu sejak Tahun Satu.

Sunday, October 19, 2008

SILA KOMEN!!

Pihak pengurusan sekolah memerlukan komen tuan/puan mengenai cadangan pengisian aktiviti SKPP11 (2) bagi sesi 2009. Sila klik di ruangan 'Bahan untuk dimuat-turun- 1. Cadangan Pengisian SKPP11 (2)" untuk rujukan. Kerjasama dari tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Tuesday, October 14, 2008

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11 (2)

Tarikh: 14 Oktober 2008
Tempat: Bilik Mesyuarat SMKPP11 (2)
Guru-guru dan warga sekolah sedang menikmati juadah hari raya.

Monday, October 6, 2008

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri SKPP11 (2)

Tarikh : 10 Oktober 2008
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Ruang Kerja Pejabat Am
Pakaian : Staf Lelaki (Baju Melayu lengkap) Staf Perempuan (Baju Kurung/Kebaya/Kebarung)
Jenis jamuan: Pot-luck
Semoga kehadiran anda menyerikan lagi majlis ini.

Majlis Ramah Mesra Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2008

Tempat: Jabatan Pelajaran WP Putrajaya
Tarikh : 8 Oktober 2008
Masa: 2.30 petang
Anjuran : Jabatan Pelajaran WP Putrajaya
Semua warga SKPP11 (2) dijemput hadir

Sunday, October 5, 2008

Here is a puzzle for you!!


Imagine you are in Africa . You have been tied hanging on a tree with rope. Your survival hinges on the rope staying intact, there is no one around to help you. What to do now .........

Kompleks SK. Putrajaya Presint 11 (2)

Gambar 1: Peta Lokasi Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11 (2)

Gambar 2: Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11 (2)

Gambar 3: Ruang Kerja (Pejabat Am)

Gambar 4: Ruang Menunggu untuk pelawat ( Pejabat Am)

Gambar 5: Ruang Kaunter (Pejabat Am)

Gambar 6: Bilik Guru Besar

Gambar 7: Foyer SK. Putrajaya Presint 11 (2)

Gambar 8: Surau Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11 (2)