Untuk memberi pendidikan yang menyeluruh melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) akan menjadi sekolah unggul (cemerlang) dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya menjelang tahun 2012.
PIAGAM PELANGGAN
Kami, SK Putrajaya Presint 11(2), dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:
1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual waktu.
2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan penuh dedikasi, mesra, kasih sayang, adil dan saksama.
3. Memastikan kebajikan murid diambil tindakan serta-merta.
4. Memastikan sebarang masalah berkaitan sekolah yang dihadapi oleh murid dan ibu bapa/ penjaga diambil tindakan segera atau selewat-lewatnya seminggu.
5. Memastikan segala maklumat terkini disebarkan kepada murid, warga sekolah dan ibu bapa/ penjaga dengan cepat, tepat dan kemas.
6. Memastikan borang permohonan pertukaran murid diproses dalam masa 30 minit sebelum dihantar kepada pihak yang berkenaan.
7. Memberi perkhidmatan yang mesra dan prihatin kepada ibu bapa/ penjaga, tetamu dan pelawat yang datang ke sekolah.
8. Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.
9. Memberi maklum balas kepada semua surat arahan daripada stakeholders mengikut tarikh yang ditetapkan.
10. Sedia menerima pandangan dan teguran yang membina.
Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
MAKLUMAT SEKOLAH
No Lot : PT 7009, Presint 11
Nama Sekolah : SK. Putrajaya Presint 11 (2)/
Kod Sekolah : WBA2010/
Alamat : No 1, Jalan P11C, Presint 11, 62300 Putrajaya/
Tarikh Beroperasi : 2 Jun 2008/
Gred Sekolah : A/
Status Sekolah : Beroperasi Tanpa Murid (beroperasi sepenuhnya pada 2009)/
Bil Optimum Murid : 1750 orang/
No Telefon: 603-88903457/3458/3459/
No Fax: 603-88903460/
Hak Milik : Ketua Pengarah Tanah dan Galian/ Kementerian Pelajaran Malaysia/
Luas Kawasan : 15.50 ekar (6.27 hektar)/
Luas kawasan lapang : 0.36 ekar (0.15 hektar)/
MAKLUMAT BANGUNAN
Bilik darjah lebih 3 bay : 40 buah/
Bilik darjah kurang 3 bay : 10 termasuk 8 Stesen iaitu Stesen M3, BI, Muzik, Masak, Basuhan, Urus Diri, BM dan 2 buah Home Base/
Makmal Komputer : 4/
Makmal Sains : 4/
Bilik Self Access Learning (SAL): 8/
Kedai Buku : 1/
Bilik Pendidikan Khas : 2/
Bilik Matematik : 1/
Bilik Pendidikan Seni : 1/
Bilik Audio Visual (APD) : 1/
Bilik Persalinan : 2/
Bilik Wudhu: 2/
Musollah : 1/
Pusat Sumber: 1/
Bilik Tayangan/TV : 4
No comments:
Post a Comment